TIPS LANGSING

8 MANFAAT AIR KOSONG YANG WAJIB ANDA KETAHUI...... 


 7 + 1 = 8 MANFAAT AIR KOSONG
 

1. Melancarkan sistem pencernaan

Mengambil air kosong dalam kuantiti yang cukup akan melancarkan sistem pencernaan manusia dan mengelakkan masalah sembelit.

Air kosong melambatkan pertumbuhan zat-zat yang menyebabkan kanser, mencegah penyakit batu karang dan ginjal.

2. Perawatan kecantikan
Tubuh akan menyerap air daripada kulit sehingga menyebabkan kulit kering. Air dapat melindungi, melembap, dan menyihatkan tubuh.

3. Kesuburan
Meningkatkan produktiviti hormon lelaki dan wanita.

4. Ubat strok
Kemampuan air melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan membuatkan ia bertindak untuk menguatkan otot-otot dan ligamen.

5. Menenangkan
Air hangat dapat melebarkan pembuluh darah dan mencegah kekakuan otot, menghilangkan rasa nyeri, serta menenagkan fikiran.

6. Menguruskan badan
Minum air sebelum makan akan menyebabkan anda lebih cepat kenyang dan hal ini membuatkan anda kurang makan.

7. Menyihatkan jantung anda.

8. Memberi kesegaran kepada tubuh.

APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN?

Bagi mendapatkan manfaat air

1. Bangun saja dari tidur, minumlah 5-6 gelas air sekaligus.
2. Pada mulanya, jangan makan atau minum dalam tempoh satu jam sebelum atau sesudah meminum air kosong tersebut.
3. Anda tidak boleh minum air kosong pada waktu pagi sekiranya anda telah mengambil minuman beralkohol pada malam sebelumnya.
4. Minumlah air hangat atau air yang telah dijerang sebelum meminumnya.

p/s: Pada mulanya, mungkin sukar untuk minum 5-6 gelas sekaligus. Apabila mengamalkannya, lama-kelamaan pasti anda akan terbiasa. Untuk permulaan, minum 4 gelas dahulu diikuti 2 gelas yang selebihnya 2 minit kemudian. 

Anda akan membuang air kecil 2-3 kali dalam satu jam pada permulaan anda mengamalkan meminum air kosong.
7 KESILAPAN BERDIET,  
3 KEKELIRUAN MELAKUKANNYA.........
  

Semua wanita mengimpikan bentuk badan yang cantik dan menarik serta sesuai menggayakan apa jua fesyen pakaian, malah sanggup menahan lapar dan berdiet semata-mata untuk mendapatkan berat badan yang ideal disamping bentuk tubuh yang menarik...Pernahkah anda berjuang keras untuk DIET namun berat badan masih tak TURUN-TURUN? Pastinya rasa KECEWA bukan? Mari kita semak adakah anda melakukan kesilapan semasa BERDIET?

KESILAPAN PERTAMA
Mengamalkan 'crash diet'
 "No fat diet, no carbs diet, high protein diet" . Diet-diet ini tidak seimbang dan membahayakan fungsi tubuh. Lemak mempunyai fungsi penting dalam tubuh kita, membantu penyerapan Vitamin A, D, E dan K. Apabila lemak tidak diambil maka tubuh akan kekurangan vitamin-vitamin tersebut.
          Tidak mengambil karbohidrat juga sangat berbahaya kerana tubuh memerlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga utama. Malah otak juga memerlukannya!!!! Diet sebenar yang disarankan adalah diet seimbang.

KESILAPAN KEDUA
Menetapkan "cheat day"
Kebanyakan orang berdiet sering menetapkan satu hari dalam seminggu sebagai "cheat day" untuk makan bebas biasanya pada hujung minggu. Menetapkan "cheat day" dianggap sebagai memberi "reward" kepada diri setelah berjaya melepasi 6 hari berdiet.
                Diet sebenarnya adalah "lifestyle". Menetapkan "cheat day" memprogramkan otak anda bahawa enam hari berdiet sebelumnya  adalah hari penuh sengsara. Anda tidak perlu terus berdiet jika pola ini diteruskan, lama-kelamaan anda akan berasa penat untuk berdiet. Anggaplah berdiet sebagai sebuah gaya hidup, bukan tuntutan atau tekanan daripada sesiapa pun.



 KESILAPAN KETIGA
Makan hanya sekali sehari 
Makan banyak boleh menambahkan berat badan manakala makan sedikit boleh menurunkan berat badan. Oleh sebab itu, ramai yang sanggup menahan lapar untuk mengurangkan berat badan tanpa menyedari ia turut menrunkan metabolisme tubuh yang melambatkan pembakaran lemak.
                  Lapar petanda perut anda kosong dan gula dalam darah sudah berkurang. Apabila anda terus tidak makan, anda akan rasa pening-pening. Sebaik-baiknya anda perlu makan 5-6 kali sehari dalam kuantiti yang sederhana dimana 3 kali makanan 'biasa' dan 3 kali snek untuk mendorong metabolisme tubuh supaya terus meningkat. 
KESILAPAN KEEMPAT
Pengambilan Kalori Terlalu Rendah...
Untuk wanita, tubuh memerlukan sekitar 2000 kalori setiap hari, manakala lelaki memerlukan 2500 kalori setiap hari. Apabila pengambilan kalori dikurangkan kepada 1000 kalori atau kurang sehari, maka ia akan menyebabkan metabolisme badan rendah dan boleh menyebabkan penyakit anaemia.

KESILAPAN KELIMA 
HANYA MENUMPUKAN KEPADA PEMAKANAN SEMATA-MATA..
Mengapa? Sedangkan OLAHRAGA mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan membantu proses pembakaran lemak dan kalori, berat badan pun akan lebih cepat turun. Jika anda rasa susah nak berolahraga, apa kata gantikan dengan gaya hidup aktif. Contohnya, meletakkan kereta jauh dari pintu masuk pusat membeli belah supaya anda berjalan kaki lebih lama dan lebih jauh.



  
  
KESILAPAN KEENAM
TIDAK MINUM SUSU.............

 Meminum susu setiap hari adalah penting dan tetap diutamakan, terutamanya susu rendah lemak berkalsium tinggi kerana ia membantu menguatkan tulang dan melengkapkan zat tubuh.

KESILAPAN KETUJUH
TIDAK MAKAN SELEPAS BEROLAHRAGA
Makan selepas berolahraga adalah makan terpenting untuk tubuh. Adalah disarankan meminum protein dan karbohidrat paling lewat 15 minit setelah latihan dan makan seperti biasa 1 jam selepas latihan untuk memperbaiki tubuh setelah berolahraga.

  

MAKANAN PEMBAKAR LEMAK...............

Bukan semua makanan menggemukkan....ada sesetengah makanan mampu menyokong diet, malah membakar lemak berlebihan dalam badan.

LIMAU DAN CUKA
 Kandungan kategori makanan masam ini membantu melambatkan rasa lapar. Ini disebabkan kandungan asid yang terkandung didalamnya yang bertindak melambatkan proses pencernaan zat tepu dalam badan.

Keadaan ini akan membuatkan anda terasa sentiasa kenyang. Namun cuba seimbangkan pengambilannya di pagi hari dengan melebihkan air kosong. Ini penting untuk menstabilkan kembali kandungan gula dalam darah

CILI

Semua jenis cili secara semulajadi mengandungi capsaicin yang dapat mengekalkan suhu badan. Keadaan suhu yang tinggi mampu membakar lemak dengan berkesan walaupun mengambil masa
.



 capsicumjuga antara jenis cili











TEH HIJAU

Penelitian membuktikan bahawa kandungan ekstrak 'cannatic' dan 'asid gymnemic' dalam teh hijau mampu mengurangkan penyerapan gula dalam darah dan mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Teh hijau juga membuat membuat makanan bergerak dengan lebih pantas melalui sistem pencernaan dan membakar kalori dengan lebih banyak.





         Antara makanan berasaskan teh hijau

BEST BUY !!!


** DTRIM SLIM N DETOX - RM60
** VITALISS CANDY WHITENING - 2 BTL RM150 (FREE GIFT)
** MAHARANI - RM88 + RM6 postage
** SABUN MARINE ESSENCE (CERAH KETIAK) -
3 KETUL RM87 + RM6 postage
** MINERAL COFFEE (TANPA KAFEIN) = RM23.50 + RM6 postage
** MIRACLE SLIMMING COFFEE -RM50
** MAIXARA C-SENTIAL - RM50
** FIT UP 3 KOTAK + FREE SHAKER - RM150
** FEMININ WASH SUSUK DARA - RM48
** MEDICATED DEEP HEAT LOTION SUSUK DARA - RM48
** ADVANCE BEAUTY SET - RM70
** BEAUTY CREAM(rawatan untuk jeragat) - RM35

dan semua produk kat sini

nak dpt arge ni? mudah saje.. click as our follower n LIKE http://www.facebook.com/AsiaManisShop